Wednesday 9 August 2017

Faktor - Faktor Penubuhan DEB


[i]   peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
[ii]   DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:
      Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
      Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
      Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
      Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )

[iii]  Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment