Wednesday 9 August 2017

Kesan DEB


i)   Sektor Pendidikan

         Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah bertambah. Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat. Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan profesional Bumiputera dan ramai profesional Bumiputeramampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara.Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan. Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara.Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah, perunding perhubungan awam, pengurus dana dan perundingkejuruteraan. Inilah hasil daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah profesional Melayu yang dihormati. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat.
       Selain itu, kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi. Menurut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau’berdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan Bumiputera yang lulus dengan kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25 peratus pada tahun1996 kepada 25.4 peratus pada tahun 2002’.Sehubungan itu, kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan pelajar Melayu kedalam kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti Islam Antarabangsa. Malah, Malaysia juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi pelajar dari negara asing. Kini, terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yangdatang belajar di Malaysia.
         Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar  bandar, kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar, termasuk lain-lain frastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala inidiambil kira untuk mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini mempunyai Sekolah Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun Razak; ’Sekolah Bestari ditubuhkan ialah bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya Multimedia malahan melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif’.Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka, dengan ini terbukti bahawa DEB mampu memainkan perananya dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.

ii)    Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)
       Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamasosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar.
  •          Penyediaan Infrastruktur Komuniti
Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA.Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti.Oleh kerana asas ekonomi pusat- pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia mestilah diwujudkan.
        Ini memerlukan satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran- jiran mereka.Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan, dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini mengekalkan imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas di dalam kampung dengan kawasan pertanian yang memberikan persekitaran yang hijau, cantik nyaman dan bersih. Pemandangan seperti ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar  besar. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujudhasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitandengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.

         iii)  Pemilikan Tanah

Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yangtelah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, guna tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Disamping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak  bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberi tanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh selama 25 tahun.      
         Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik  berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hakmilik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisioleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaiantanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat disaksikan.
       Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supayamaju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semulamasyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan negara ini

No comments:

Post a Comment