Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.
2. Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
3. Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor
> DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun.
> Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama.
> kerajaan juga telah berusaha meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini bermaksud kerajaan telah mengalakkan lebih golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan juga turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat.Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan kerajaan turut memberi kuota kepada orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam.
> Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama. Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah berkembang dengan cepat.
No comments:
Post a Comment