Wednesday 9 August 2017

Strategi Membasmi Kemiskinan


Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.

  •    memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga  dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
  •    Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik sekaligus jurang kemiskinan dapat dikurangkan .

  •   Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.

  •  kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan.
 Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.

                           Strategi Menyusun Semula Masyarakat

Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing.
-  Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Selain itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.

Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah.
-  Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas.

No comments:

Post a Comment